22102018: Bincang Santai warga Presint P18C bersama Presiden PPJ
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
22102018: Bincang Santai warga Presint P18C bersama Presiden PPJ
Alhamdulillah dengan kerjasama Persatuan Penduduk, beberapa isu telah diutarakan kepada Presiden Perbadanan Putrajaya. Terima kasih kepada semua pihak yang berbabit.
29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang. Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda. Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari b...
#togethertilljannah #mjjana 01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja 40 tahun masa berlalu. Taman SPPK Segambut nama dahulu Kini dinamakan DutaMas Seroja Rumah yang banyak meninggalkan kenangan. Hari ini kami bertandang melihat rumah pertama yang dibeli dan seterusnya didiami selama 10 tahun. Rumah yang penuh pelbagai kenangan pahit manis. Ketika itu empat orang anak dibesarkan. Hakimah, Syafiq, Hafiz dan Hazim. Tiga bulan sebelum berpindah ke Bandar Baru Bangi, Liyana dilahirkan dengan penuh dugaan. Rumah yang dahulunya menjadi sebuah rumah yang kelihatan mewah dikelilingi hutan belantara dan bukit bukau, kini dikelilingi bangunan tinggi kondo dan sekolah serta quarters kerajaan. Malah jalan ke sana pun sudah dinaiktaraf. Tidak seperti satu ketika dahulu jalan High Chaprail. 30 tahun rumah itu disewakan setelah kami berpindah. Jiran sebelah rumah yang pemilikny...
15092018: Datuk Hajah Rahmah, Mantan KSU KPLB ke Villa MJJana Alhamdulillah majlis kunjungan Y.Bhg. Datuk Hjh Rahmah Binti Kassim, Penasihat Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KSU KPLB) ke Villa MJJana 15 Sep 2018 berjalan lancar. Y.Bhg. Datuk Rahmah semasa menjadi KSU KPLB telah banyak membantu dalam menjayakan projek-projek pembangunan infrstruktur di kampung Endah khususnya projek pembesaran kampung yang kini dikenali Indah Perdana . Semasa lawatan YAB Dr Mahathir Mohammad dan pecah tanah projek pembesaran Kampung Endah (Indah Perdana) pada 20 Januari 1996, Y.Bhg. Datuk Rahmah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk lawatan dan saya Setiausaha. Kunjungan Y.Bhg. Datuk Rahmah ke Villa MJJana Indah Perdana setelah beliau bersara amatlah bermakna. Dalam ucapannya antara lain beliau menyentuh isu dan masalah generasi kedua dan ketiga kampung termasuk di kawasan Felda untuk membina rumah di kampung halamannya. I...
Comments
Post a Comment