19102018: Villa MJJana (behind the scene)



04102018: Villa MJJana (behind the scene)

Pembinaan Villa MJJana

Rekabentuk

Walaupun rekabentuk (design) tidaklah seperti villa idaman yang pernah saya impikan.  Alhamdulillah kini rumah untuk kami duduki setelah bersara kini siap untuk didiami. Sebuah rumah yang mempunyai rekabantuk moden, berkonsepkan terbuka dan praktikal mengikut citarasaa kami. Saya jangka pattern rumah sebegini memang tiada di kawasan Perumahan  di sini.

Rekabentuk  Villa ini diubahsuai dari plan yang diperoleh dari internet,  diubahsuai serba sedikit mengikut kehendak anggota keluarga kami, cita rasa  dan anggaran peruntukan kewangan yang ada.  Waimma apa pun, pelan yang dikumpul pada awal 2016 siap pada awal tahun 2017 dan sedia untuk diduduki sementara dalam tempoh mengesan kecacatan. 

Apa yang kami concern ialah, rumah itu lebih luas ukurannya daripada rumah-rumah lain yang kami miliki dan ianya setingkat.  Salah satu ciri yang perlu ada dalam spesifikasi rumah tersebut. 

Villa MJJana

Kami namakan Villa MJJana mengambil sempena gabungan nama Muhamad Jasman Jurami (MJJ) dan Rohana Sapie (ana). Tagline our leisure home digunapakai bagi menggambarkan disinilah tempat kami bersantai dan beriadah.


Tempoh Pembinaan

Di peringkat perbincangan awal, tempoh pembinaan Villa MJJana ialah satu tahun. Bermula dari tambak tanah sehingga terbinanya bangunan. Sebenarnya tambakan tanah, pasir dan batu telah dibuat secara berperingkat hampir 100 lori 10 tahun lalu semasa mula-mula memperoleh tapak ini.  Tambakan dibuat di bahagian tengah kerana menjangkakan bangunan akan dibina di bahagian tengah, sementara disekeliling sempadan tapak, ditanam dengan pokok-pokok rambutan, pulasan dan mempelam. Bagi tujuan pembinaan, kini hanya sebatang pokok mempelam yang ditinggalkan untuk teduhan landscape.


Kontraktor Pembinaan

Kontraktor yang dilantik ialah Ustaz Kadis dari Sjangkang. Perlantikan adalah atas dasar pemerhatian kerja-kerja yang pernah dilakukan dan beliau juga ada talian persaudaraan dengan orang kampung dan saudara mara kami melalui ikatan perkahwinan bersesuaian dengan budget yang disediakan.  

Kepuasan Pelanggan

Pada keseluruhannya setelah diselaraskan dengan kos bayaran, kami berpuas hati.  Daripada 10 bintang, kami boleh berikan 7 bintang. Antara faktor tidak meletakkan kepuasan 100% ialah kemasan akhir yang agak kurang memuaskan.  Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah tugasan sub kon yang kurang pemantauan oleh anak saudara beliau yang dilantik sebagai penyelia.  Kebanyakkan tugasan lebih banyak kami yang deal terus dengan sub con tersebut.  Walau bagaimanapun kami masih bersyukur kerana jika dibandingkan dengan sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah kami dan beberapa rumah yang terbengkalai,

Alhamdulillah rumah kami tidaklah mengalami kecacatan yang besar walaupun berlaku sedikit kelewatan dan beberapa pembaikan ke atas beberapa kecatatan  kecil dibuat.

Tempoh Pembinaan

Kelewatan berlaku dan beberapa kecatatan kecil terutama di bahagian kemasan berlaku kerana:
1.      Pemantauan kerja-kerja dan pemilihan bahan dibuat secara sambilan mengikut kelapangan.  Kebetulan di peringkat awal pembinaan, kami banyak bercuti di luar negara yang menjadikan kontraktor hold beberapa tugasan sehingga mendapat kelulusan dari kami.

2.      Tiada sebarang desakan untuk menyiapkan segera kerana kami bukanlah dalam keadaan terdesak untuk terus tinggal di Villa MJJana itu kerana kami masih perlu tinggal di rumah di Putrajaya untuk urusan rawatan di hospital dan jarak yang dekat dengan pejabat MJJ. Aktiviti keluarga dan Family bonding juga banyak dilakukan di Putrajaya.

3.      Tidak dicatatkan sebarang bayaran tambahan kelewatan dalam perjanjian dengan samada pelanggan mahupun kontraktor.

Alhamdulillah, akhirnya pada awal tahun 2017 Villa MJJana siap pembinaannya walaupun belum 100%.

Kemasan Dalaman

Kami tidak melantik sebarang Interior Designer dan arkitek. Sekadar dibuat mengikut kesesuaian dan kehendak serta praktikal mengikut citarasa dan keperluan kami.

Daripada peringkat pembikinan awal villa ini sehingga finishing sehingga penyerahan bangunan kami bahagikan kepada tujuh (7) phasa. Ia  termasuk hiasan dalaman dan landsacape serta VO iaitu menambah loteng di salah sebuah bilik.

1.      Phasa pertama: Loteng dan Store
2.      Phasa kedua: finishing electrical dan plumbing:
3.      Phasa ketiga: Warna dan hiasan diding
4.      Phasa keempat: perabut dan langsir
5.      Phasa kelima: Pagar keliling rumah
6.      Phasa keenam: Lourves dan Awning di kawasan yang berpotensi kena tempias
7.      Phasa ketujuh : Landscape luaran rumah

Phasa pertama: Loteng dan Store

Pembinaan Attic di villa kami ini merupakan VO yang tiada dalam plan asal.  Ini menjadi salah satu punca kelewatan kerana ia perlu dilakukan  oleh kontraktor besi yang mahir untuk loteng iaitu En. Zaki,  Sg. Lang.  Mengambilkira terdapat satu bilik yang agak tinggi dan lebih praktikal, dua attic dibuat bagi memaksimakan penggunaan ruang. Cetusan idea Hazim ini mengambil contoh attic semasa beliau belajar di United Kingdom.  Alhamdulillah Attic ini dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan termasuk mengubahsuai tambahan tingkap di atas bagi laluan angin. Dengan pengubahsuaian ini sekali gus menambah satu lagi ruang untuk bilik dan  store. 

Phasa kedua: (electrical dan plumbing):

Fasa ini melibatkan  pemilihan barangan letrik seperti lampu, kipas, aircond dan plumbing. Kebanyakan peralatan eletrik kami beli di House of Lighting di Puchong, Bangi dan Jenjarom dan pembekal hardware yang dilantik oleh kontraktor.  Peralatan elektrik kemudian dipasang oleh En. Kamal, subkon yang dilantik oleh Us Kadis.   Begitu juga keperluan sinki, paip, toilet bowl yang kemudiannya di pasang oleh En. Md. Noor, sub kon yang dilantik oleh Ust. Kadis. Cermin tingkat dan sliding door oleh en. Ibrahim, sub kon ust. Kadis. Sementara tiles, ditempah dari pembekal Kontraktor di Taman Perwira.

Phasa ketiga: (Warna dan hiasan diding)

Tema warna yang kami pilih ialah earth colour di ruang tamu dan dining, kebiruan ruang keluarga dan surau serta putih dan pinky bagi ruang dapur.  Sementara bilik pelbagai warna iaitu, grey, pinky dan keemasan.  Hiasan dinding tidak banyak kami letak untuk disesuaikan dengan sticker tepi pantai dan wallpaper yang masih dalam pencarian. Selain dari beberapa bahagian yang dikenalpasti untuk diletakkan wallpaper dan sticker beberapa sudut untuk menggantung gambar-gambar juga dikenalpasti.  Pemasangan cermin, pemilihan carpet aquarium dan placing perlu dilakukan. Alhamdulillah setelah dilukiskan deraf dan sketch dan beberapa pandangan serta bantuan anak-anak, hampir 80 peratus siap dilakukan.

Phasa keempat (perabut dan langsir)

Pembelian perabut dari Roxxy Bangi, Phang Banting dan ada juga yang dibawa dari rumah Putrajaya. Memandangkan konsep moden digunakan untuk hiasan dalaman, anak-anak banyak membantu dalam pemilihan jenis perabut khususnya perabut di bilik tidur yang kebanyakannya dari IKEA dan sebahagiannya build in cabinet. Kitchen cabinet menggunakan sentuhan idea En Samsudin dari Sg. Lang dan Olak Lempit. Sementara langsir  yang mana bahannya di beli di banting, saya serahkan mengikut kebijaksanaan Norizan, kawan lama saya dari STAR disamping membantu kawan. Sentuhan peralatan aquarium pula dibuat oleh Syafiq dan boboi dari Aquarium Banting.

Phasa kelima: Pagar keliling rumah

Memandangkan tapak Villa MJJana ini terletak di bahagian corner dan view kelihatan luas dan terlalu terbuka dari  simpang Jalan ke Indah Perdana, ia perlu dibina pagar yang agak tertutup terutama di bahagian sudut dan pagar dawai besi bagi mesrajiran selain dari untuk tujuan keselamatan dan keselesaan. 

Sehubungan itu beberapa kontraktor telah dipelawa untuk mendapatkan sebutharga.  Kami bersepakat untuk melantik orang kampung untuk memberi peluang kepada mereka disamping lebih mudah memantau kerana kami pun sudah mula menduduki Villa MJJana ketika itu.

Kolam Ikan

Projek pemasangan pagar sekali gus mencetuskan ide untuk membina sebuah kolam ikan di sebelah kedol. Tapak tersebut dikecilkan kelebarannya menjadi 12 kaki ssahaja yang mana mengikut perancangan awal, sepatutnya untuk kolam renang.  Walau bagaimanapun MJJ kurang setuju untuk membina kolam renang kerana faktor keselamatan dimana banyak kes kematian kanak-kanak dahulu. Melalui projek ini, kami deal (berkenalan) dengan  Sudin, Azlan, Zaki, Amin, Kamal, Shukri, Aidil, Zahid serta beberapa pembantu yang lain ketika pembinaan pagar itu.

Phasa keenam: Lourves dan Awning di kawasan yang berpotensi kena tempias

Seterusnya pemasangan Lourves dan Awning dilakukan oleh En. Din Sg. Lang dan Kencana dan As untuk kerja-kerja Awning. Kesemuanya hasil sentuhan orang-orang kampung yang sememangnya turut berbakat dalam bidang masing-masing.

Phasa ketujuh : Landscape luaran rumah





Phasa ini saya akan upload dalam cerita yang berasingan

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja