06102018: Rawatan Alternatif melalui Wak Din urut Sg Buaya: foto lagi





06102018: Rawatan Alternatif melalui Wak Din urut Sg. Buaya




Semenjak MJJ menulis status di FB tentang permasalahan jantung dan kolestrol, kami menerima banyak sokongan moral daripada saudara mara dan sahabat handai. Tidak kurang yang mencadangkan perbagai rawatan alternative selain daripada susulan rawatan di Hospital.

Salah seorang Tukang Urut yang tersenarai ialah Wak Din yang tinggal di Sg. Buaya.
Petang itu setelah mengesan rumahnya di mana temujanji dilakukan sebelum itu, kami berjumpa seorang wak berketurunan jawa.  Kelihatan masih gagah, tegap dan bertenaga walaupun berusia 67 tahun.
Usaha perlu diteruskan dan kami mendapatkan khidmatnya.  Semoga diberi  kesembuhan melalui urusan urat-urat agar darah bergerak lancar, InsyaAllah. Amin

Selepas itu kami singah ke rumah Sal, teman yang dikenali setahun lalu di Saloon Presint 8 dan projek sarung bantal Ayurveda.
Alhamdulillah selepas mendapat urutan, begitu berselera menikmati cucur udang yang bersos lazat dengan milo panas.
Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan