09092018: Merpati Dua Sejoli dan KRT Kampong Endah mengurusan parkir sukarelawatan kemasyarakatan dan wedding anak Along
09092018: Merpati Dua Sejoli dan KRT Kampong Endah mengurusan parkir
sukarelawatan kemasyarakatan dan wedding anak ALong
Semenjak berpindah di Villa MJJana ini banyak kali juga saya
berkesempatan untuk bersembang dengan sepasang suami isteri yang kelihatannya
seperti Merpati Dua Sejoli.
Si suami berbakat dalam bidang pendawaian elektrik, sementara si isteri
aktif di bidang keselamatan di bawah Angkatan Pertahanan Awam.
Sebenarnya ramai je pasangan-pasangan yang saya kenali amat mesra dan
nampak begitu serasi. Cuma yang ini lain sedikit.
Mereka bukan sahaja bercinta dan setentunya berdua di rumah, tetapi juga
semasa bertugas khususnya di bidang keselamatan. Mereka yang dikenali dalam aktiviti
kemasyarakatan ini ialah Azlan bin Basri yang dikenali dengan nama Andong dan
isteri Noor Fauziah Yaakob.
En. Azalan ini juga merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampong
Endah mulai tahun ini. Wanita yang nampaknya gagah sasa apabila ketika
beruniform, namun punya personality kelembutan tersendiri apabila menggayakan
pakaian wanita ketika menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis rasmi.
Daripada pemerhatian saya beliau punya jiwa yang lembut walaupun wajahnya
nampak sedikit garang atas tuntutan tugas, maklumlah bekerja di JBPM termasuk
membantu masyarakat seperti pengangkapan ular, tebuan kebakaran dan sebagainya.
Mereka juga merupakan antara pasangan yang kerap berduaan sungguh romantic
dengan motorsikilanya, selepas pasangan Wak Ndok, di kampung. Pernah
dimaklumkan dengan menaiki motorsikal biasa, berjaya mengelilingi Malaysia
secara santai.
Dalam masa yang sama dalam hati penuh taman kerana minatnya dalam
landscape bunga. “gatal tangannya sekiranya nampak ada rumput tumbuh di pasu
bunga, terus dibersihkan” satu ketika semasa datang ke rumah kami.
Pasangan ini dan kumpulan KRT Kg. Endah juga banyak membantu kami terutama
keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan. Kerana mereka membantu dalam
urusan parkir kereta
tetamu.
Alhamdulillah, walaupun nampak kecil usaha itu dan ada kalanya dipandang
sebelah mata serta adakalanya menimbulkan kemarahan pelanggan terutama apabila
kereta terpaksa diparkir agak jauh daripada apa yang diharapkan, namun memberi
arti yang begitu besar dalam melancarkan perjalanan keseluruhan majlis terutama
yang diadakan di kawasan-kawasan yang sempit.
Seharusnya kita perlu bersyukur kerana pada kebiasaannya bertugas di
tengah panas terik mentari atau hujan kerana cuaca yang tidak menentu sekarang
terlalu mencabar kesabaran iman.
Kami juga pernah menggunaakan khidmat mereka semasa mengadakan majlis
keramaian di Villa MJJana.
Semoga dipermudahkan urusan mereka di masa-masa akan datang dan terus
berbakti kepada masyarakat dan mendapat ganjaran daripadaNya.
Tkasih kang jasman n kak ana.. Ada masanya, seronok bercerita dgn insan2 yg jauh minda fikir, golongan tak berapa mcm aku mmg sentiasa mencari punca2 tambah ilmiah... Berdiskusi dgn yg bijak jadi medan utk merompak pendapat (bahasa utk isu keselamatan), biar mungkin ada yg berkata kami ni bukan yg terbagus utk urusan2 yg kami buat, tapi dengan sumbangan2 idea dan apa2 jua dari yg lain, insha Allah kami cuba lakukan yg terbaek demi jenama Kampong Endah..
ReplyDelete