29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang. Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda. Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari b...
20092018: Budaya menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan Genap lima bulan selepas mengadakan majlis perkahwinan Hazim dan Ameera hari ini. Kebetulan hari ini sunat berpuasa Asyura, jadi saya tidak banyak melakukan aktiviti luar rumah. Di samping itu saya melakukan pisio lutut seperti mana yang diperingatkan oeh pisioterapis Lisa, dari Hospital Putrajaya, iaitu regangan lutut pagi, tengahari dan petang dengan minimum 30 kali dan 10 saat setiap kali. Perlu diingat tu, percubaan untuk tempoh dua bulan sehigga berjumpa untuk pisio lymph node pada 22 Oktober kelak. Dalam masa yang sama, saya mengemas cabinet pelbagai. Overhall ini perlu dilakukan setiap 6 bulan untuk mengelakkan habuk dan organise dokumen dan pelbagai. Urusan ini memang selama ini saya yang melakukannya, jadi senang untuk rujukan MJJ atau mudah menjawab soalan MANA beliau. Turut dikemaskini ialah kotak sumbangan ketika majlis perkahwinan tempoh hari. Sampul duit...
#togethertilljannah #mjjana 01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja 40 tahun masa berlalu. Taman SPPK Segambut nama dahulu Kini dinamakan DutaMas Seroja Rumah yang banyak meninggalkan kenangan. Hari ini kami bertandang melihat rumah pertama yang dibeli dan seterusnya didiami selama 10 tahun. Rumah yang penuh pelbagai kenangan pahit manis. Ketika itu empat orang anak dibesarkan. Hakimah, Syafiq, Hafiz dan Hazim. Tiga bulan sebelum berpindah ke Bandar Baru Bangi, Liyana dilahirkan dengan penuh dugaan. Rumah yang dahulunya menjadi sebuah rumah yang kelihatan mewah dikelilingi hutan belantara dan bukit bukau, kini dikelilingi bangunan tinggi kondo dan sekolah serta quarters kerajaan. Malah jalan ke sana pun sudah dinaiktaraf. Tidak seperti satu ketika dahulu jalan High Chaprail. 30 tahun rumah itu disewakan setelah kami berpindah. Jiran sebelah rumah yang pemilikny...
Comments
Post a Comment