02042018 : Lawatan YB ke KWAP Cyberjaya - sejarah perkhidmatan dan rumah


02042018 : Lawatan YB ke KWAP Cyberjaya - sejarah perkhidmatan dan rumah

#togethertilljannah

2.4.2018: Lawatan YB ke KWAP
Buat pertama kalinya semenjak berstatus YB, hari ini, kami ke Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Tujuan utama ialah untuk mendapatkan salinan penyata pencen bagi keperluan pengisian borang memohonan tajaan melanjutkan pelajaran Liyana.

Walaupun dikatakan penyata tersebut boleh diperoleh secara online, namun memandangkan KWAP tidak jauh dari tempat tinggal kami, sengaja kami meluangkan masa ke sana bersama Liyana.

Semenjak bersara, kami tidak pernah menyemak penyata bulanan secara online. Memadai  dengan melihat pertambahan angka wang masuk dalam akaun bank sahaja. Saya rasa ramai YB pun serupa macam kami. Tiada keperluan pun untuk menyemaknya kerana sudah percaya sepenuhnya kepada KWAP (dahulunya Bahagian Pencen, JPA).

Cyberjaya yang membangun

Terletak di salah sebuah lokasi yang berpotensi membangun, kelihatan elit dan berpotensi menjadi sebuah Bandar dengan identitinya tersendiri, kami menggunakan bantuan Mr. Waze walaupun Cyberjaya ini bukan satu tempat yang asing bagi kami.


Bangunan KWAP yang tersergam gah bersebelahan dengan beberapa bangunan pejabat yang tidak sempat dirakam gambarnya. 

Ketibaan kami di disambut mesra oleh Pengawal yang nampaknya tidak sesebok Pengawal-Pengawal di pejabat-pejabat lain yang banyak berurusan dengan orang ramai.  Siap dengan menunjukkan ruangan parkir untuk pelanggan. Senyuman dan layanannya menggambarkan tugasan seharian mereka tidak banyak masalah dan melayan pesara-pesara sahaja.

Bangunan unik pencakar langit Cyberjaya

Satu ketika dahulu semasa dalam perkhidmatan, saya hanya sesekali makan di Saba Restoren, menikmati kelazatan nasi arab yang begitu terkenal di awal tahun 2000. Pada masa itu tidak banyak lagi foodcourt di kawasan persekitaran. Malah pada masa itu banyak bangunan sedang dalam pembinaan menyebabkan kawasan persekitaran agak dipenuhi dengan habuk simen kerja-kerja kontrak.

Pada tahun 2013 pula, saya kerap ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya semasa menguruskan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Institut Pendidikan Guru ketika menjadi Ketua Cawangan Pendidikan, PenMas, SPRM.

Tiga tahun selepas itu, sesekali ke Shaftsbury melayan karenah tekak sambil membawa Liyana outing termasuk ke KaryaBhara Café Cyberjaya yang diusahakan oleh kenalan di Presint 18, Putrajaya

Itu kisah dahulu. Kini, melihat sekeliling persekitaran 200% kali berubah. Amat berbeza. Pembinaan pelbagai rekabentuk  bangunan  yang semakin rancak seolah-olah satu kawasan di pinggiran kota yang mempunyai identity seolah-olah kawasan luar negara.  Banyak juga bangunan-bangunan unik  termasuk university swasta. seperti juga di Putrajaya, Cuma bezanya persekitaran dan ramai foreigner samada belajar atau bekerja di situ.

Staf KWAP yang mesra

Berbalik kepada pejabat KWAP dan layanan stafnya yang begitu mesra tadi.  Cukup kondusif, nyaman dan selesa, sesuai benar untuk para pesara.
Mengimbau kembali ketika berkhidmat dahulu. Kebanyakan pejabat-pejabat awam nampak begitu canggih luarannya dengan pelbagai kemudahan awam bagi keselesaan pelanggan.  Alhamdulillah pernah diberi peluang merasa nikmat tersebut.
 
Keterujaan berpindah ke pejabat baru

Teringat juga perasaan teruja semasa berpindah ke pejabat-pejabat baru semasa berkhidmat dahulu. Walaupun merasa agak letih menguruskan logistic dalam masa yang sama tugasan perlu diselesaikan, keterujaan timbul apabila melihat  kelengkapan serba baru mengikut kelayakan jawatan dan kesesuaian tugas.  Begitu juga perasaan keterujaan ketika berpindah  ke rumah baru. 

Pindah Rumah

Daripada bermulanya alam perkahwinan, kami pernah tinggal di rumah sewa MJJ di Taman Melawati selama 6 bulan, kemudian berpindah ke rumah sendiri di Taman SPPK Segambut selama 13 tahun. Bagi merasai suasana persekitaran di Shah Alam, kami membeli sebuah rumah Alam Megah, Shah Alam untuk beberapa bulan sekadar untuk merasakan tinggal di situ.

Apabila perpindahan ke pejabat di Putrajaya dan merasakan berulang alik ke Kuala Lumpur agak meletihkan,  kami perpindah ke rumah yang dibeli secara adhoc di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi dan sempat tinggal selama 6 bulan. 
Kemudian, apabila permohonan quarters diluluskan pada tahun 2000, kami berpindah pula ke Rumah no. 20, Presint 8E1 selama 4 tahun dan sekali lagi berpindah ke rumah no. 126 jalan yang sama atas factor penjagaan arwah ibu agar lebih selesa kerana ruang yang lebih besar.

Setelah menetap selama hampir 14 tahun di Putrajaya, keinginan memiliki rumah sendiri di Putrajaya timbul.  Tambahan pula mengambil kira elaun perumahan lebih kurang RM100 X 12 bulan X 14 tahun. Dah boleh buat pendahuluan rumah tu. Akhirnya cair juga hati untuk meninjau-ninjau rumah di sekitar presint 18.  Kebetulan pula kami mendapat tawaran harga penjawat awam dengan potongan 25%.

Berbekalkan simpanan yang ada sebagai bayaran perbezaan harga pembelian dengan kelayakan pinjaman perumahan kedua, pada tahun 2010 kami berkongsi membeli sebuah lagi rumah di Presint 18C untuk tempat tinggal sebelum bersara.
Terkini setelah bersara dan bagi kediaman di hari-hari tua, kami membina rumah sendiri di Indah Perdana.  Ini bermakna  sebanyak lapan (8) kali perpindahan rumah berlaku dalam sejarah hidup kami sepanjang berumah tangga. Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki dariNya.
  
Pindah pejabat

Sementara perpindahan pejabat pula berlaku sebanyak 12 kali iaitu.
  1. 1977: Unit Pembangunan, Pejabat Daerah Kuala Langat, Selangor
  2. 1980: Unit Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  3. 1983: Bahagian Siasatan, di Blok B, Ibupejabat BPR Jalan Duta
  4. 1984: Bahagian Siasatan, di Pejabat BPR W.Persekutuan Jalan Petaling Putrajaya
  5. 1986: Bahagian Siasatan, di Pejabat BPR, Aras 5, Bangunan Bank Negara, Kuala Lumpur
  6. 1990: Cawangan Perhubungan dan Penerbitan, Bahagian Pencegahan, Aras 2, Ibupejabat BPR Jalan Duta
  7. 2000: Cawangan Penerbitan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Aras 4, Blok D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
  8.  2010: Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya
  9. 2012: Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Aras 2, Menara Usahawan, Presint 3, Putrajaya.
  10. 2013: Bahagian Pendidikan Masyarakat, Aras 4, Blok D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
  11. 2014: Unit Integriti, JPM, Blok B, Presint 1, Putrajaya
  12. 2014: Bahagian Siasatan, Aras 2, Blok D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya

Alhamdulillah, sepanjang perkhidmatan saya di SPRM, saya hanya ditempatkan di persekitaran Selangor dan Wilayah Persekutuan.  Terima kasih kepada Pengurusan tertinggi khususnya mantan Ketua Pengarahnya, Datuk Aziz, Tan Sri Abu Bakar, Datuk Shafie, Datuk Sri Zulkifli Md. Nor, Datuk Zaki Husin dan  Datuk Seri Abu Kasim Mohamed.  

Akhirnya pada 31.1.2016, setelah sebulan MJJ bersara, saya memilih untuk bersara awal atas factor kesihatan.

MJJ pindah pejabat

Sebagai penjawat awam, adalah perkara biasa bertukar dan berpindah pejabat atas banyak factor termasuk kenaikan pangkat, kesesuaian bidang tugas dan ketelusan.
Begitu juga MJJ sebagai  Pegawai Tadbir dan Diplomatik, beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan termasuk
  1. Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
  2. Bahagian Pembangunan dan Bekalan, Kementerian Pendidikan, Pusat Bandar Damansara
  3. Bahagian Dasar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jalan Tun Perak
  4. Bahagian Perolehan, Kementerian Kesihatan, Putrajaya
  5. Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kepenggunaan dan Pengguna (KPDNKK, Putrajaya
  6. Bahagian Sumber Manusia, Maritiem, IOI Resort


Jawatan tersebut tidak termasuk semasa menjadi pendidik di SMK Telok Datuk dan Kelang…

Bangunan Transformer SPRM

Dan terkini, seandainya  saya masih berkhidmat ke Bangunan ala-ala bentuk Transformer iaitu SPRM di Presint 7.  Walau bagaimanapun kita hanya mampu merancang, Allah penentu segala.  Segala ketentuannya ada hikmah disebaliknya.  Setiap hari menjadi laluan perjalanan ke IKN, dan InsyaAllah satu hari akan singgah melihat sendiri bangunan tersebut.



Alhamdulillah dengan rezeki didunia dapat dikumpul untuk menampung diri, keluarga dan untuk menyediakan bekalan di hari tua dah hasilnya ada tercatat di KWAP.
Ana: 2.






Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja