11042018 : Jemputan WA latest update kengkawan dan ICAC Hong Kong
11042018 : Jemputan WA latest update kengkawan dan ICAC Hong Kong
11.4.2018:
Jemputan WA latest update kengkawan
Phasa II Walimatul urus Hazim di
teruskan dengan menjemput sahabat handai sepejabat yang agak rapat dahulu yang masih mengenali
saya.
Sebenarnaya ramai kenalan di Putrajaya
khususnya di SPRM yang masih bertahta di hati saya. Pernah terfikir samada untuk tidak menjemput
mereka atau jemput hanya sebahagian kenalan rapat sahaja. Untuk jemput semua
memang kurang munasabah kerana ia melibatkan logistic. Fikir punya fikir, tolak
campur, bahagi, akhirnya kami akan jemput secara terpilih, mantan boss, YB SPRM dan mereka yang memang benar-benar close dengan kami.
Agak ramai juga, dan kami hantar by
hand sahaja melalui Aishah. Hanya bertemu sebentar di kaunter SPRM, sebuah
bangunan Transformer yang begitu canggih. Wah siap dengan Taska lagi. Agak-agak… apalah agaknya silibus yang di
ajar untuk anak-anak staf SPRM ye?
Pencegahan rasuah atau mengenalpasti
warna. (ini salah satu sylibus interview kemasukan pegawai BPR …dulu..)
Teringat pernah satu masa dahulu semasa
berkhidmat di Bahagian Pendidikan, dengan kerjasama syarikat swasta
brainstorming sylibus awal pendidikan anti rasuah untuk kanak-kanak sebagaimana
yang dilakukan oleh ICAC Hong Kong.
Semasa saya diberi peluang ke ICAC Hong
Kong pada tahun 1994 bersama Samsiah Tabri, Mohd. Yusof Zain dan Lee.
Berpeluang mengikuti bagaimana ICAC tackle keluarga dengan mengedarkan phamplet
school kit dari rumah ke rumah.
Pendekatan di sana a,at berbeza. Ini kerana tanggapan masyarakat Hong Kong
kepada ICAC, begitu mempercayai. Tidak seperti SPRM. Subhanallah. Ya Allah
permudahkan urusan kengkawan staf SPRM dalam menjalankan visi dan misinya agar
rasuah terus berkurangan di Malaysia ini dalam semua peringkat akar umbi terutama
pemimpin atasan.
Walau apa pun kalau kita hendak orang
hormat dan mengikuti saranan dan cadangan kita, kita sendiri perlu menunjukkan
ciri-ciri yang baik.
Kepimpinan Melalui Teladan.
Kepada kengkawan yang menerima kad
jemputan, saya amat menghargai sekiranya dapat sama-sama memeriahkan lagi
majlis kami nanti. Sambil itu boleh reU serta melepas rindu seketika. Kepada
member-member perempuan, nak peluk ketat-ketat. Member dan boss lelaki
pula….hm..
Comments
Post a Comment