29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang. Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda. Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari b...
26102019 : nasi ambeng USIM di Masjid AtToyyibin dan Bengkel / resepi mee kuning PWB Sesudah subuh, meneruskan aktiviti di Masjid AtToyyibin bersama jiranita IP dan anak-anak dari USIM. Selepas bersarapan, kami merewang sambil membawang (menyelitkan pengalaman menguruskan Sekretariat Pencegahan Rasuah semasa berkhidmat di Bahagian Pendidikan SPRM tujuh tahun lalu. Kebetulah ada seorang mahasiswa yang pernah terlibat dalam SPR di USIM yang turut menyertai program ini. Seronok melihat anak-anak, ini sopan, lemahlembut, islamic, energertic belajar memasak nasi ambeng dengan diketuai oleh Ustz Sriani. 15 orang kesemanya dan tiga orang terlibat dalam mural khat. Sementara menunggu nasi ambeng disiapkan, saya dan Ruby serta Kak Mah join Bengkel membuat mee kuning anjuran PWB. Terkenang membuat mee kuning bersama arwah mak. Semasa itu mesin mee berharga RM70, puas jugalah mengunakan mesin itu termasuk membuat doh karipap. Walau bagaimanapun tahap kesihatan kerana berdir...
20092018: Budaya menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan Genap lima bulan selepas mengadakan majlis perkahwinan Hazim dan Ameera hari ini. Kebetulan hari ini sunat berpuasa Asyura, jadi saya tidak banyak melakukan aktiviti luar rumah. Di samping itu saya melakukan pisio lutut seperti mana yang diperingatkan oeh pisioterapis Lisa, dari Hospital Putrajaya, iaitu regangan lutut pagi, tengahari dan petang dengan minimum 30 kali dan 10 saat setiap kali. Perlu diingat tu, percubaan untuk tempoh dua bulan sehigga berjumpa untuk pisio lymph node pada 22 Oktober kelak. Dalam masa yang sama, saya mengemas cabinet pelbagai. Overhall ini perlu dilakukan setiap 6 bulan untuk mengelakkan habuk dan organise dokumen dan pelbagai. Urusan ini memang selama ini saya yang melakukannya, jadi senang untuk rujukan MJJ atau mudah menjawab soalan MANA beliau. Turut dikemaskini ialah kotak sumbangan ketika majlis perkahwinan tempoh hari. Sampul duit...
Comments
Post a Comment