18012018: Integriti Pembuangan Sampah: Kutipan Sampah di Indah Perdana, Kg. Endah


18012018: Integriti Pembuangan Sampah: Kutipan Sampah di Indah Perdana, Kg. Endah

#togethertilljannah

Kerja-kerja Landscape Villa MJJana
Dengan dibantu oleh Liyana Syazwani, yang fully multipurpose sementara menunggu keputusan SPMnya, hari ini kami menyambung kerja-kerja landscape.  Alhamdulliah sebelah ‘kedol’ rumah sudah 80% siap, setelah fishfond werfeature siap. 

Kulon, Wetan, Kedol, Lor
Untuk makluman generasi muda, sebutan beberapa perkataan jawa seperti kedol, lor, wetan dan kulon ialah arah Selatan, Utara, timur dan barat. Untuk memudahkan mengingatinya, saya kerap kaitkan dengan arah kiblat iaitu kulon ialah barat iaitu arah kiblat.  Saya pun bukanlah terror sangat bahasa jawa, baru berjinak-jinak dengan pelbagai istilah bahasa jawa. Walaupun ibu dan ayah saya keturunan jawa, saya mula belajar bahasa jawa ketika menjangkau usia 12 tahun. Ada peristiwa yang menyebarkan saya tidak diajar dengan perkataan jawa dari kecil. Kenapa ye...nantikan kisahnya di slot lain.





Swimming Pool vs Fish Pond
Di peringkat awal pembinaan design Villa MJJana, sebenarnya saya berhajat untuk membina Mini Swimming Pool untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.  Walaupun anak-anak semuanya sudah dewasa, saya jangkakan ia boleh digunakan untuk cucu cicit, anak-anak saudara, cucu saudara atau anak-anak tetamu yang mengunjungi rumah kami. 

Malangnya tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh MJJ.  Menurutnya banyak tragedy kes kematian berlaku dalam Swimming Pool yang mempengaruhi keputusan itu. Akhirnya timbul ide untuk menjadikan ruangan kedol sebagai Kolam Ikan. Buat masa ini baru menempatkan 10 ekor ikan koi sebagai percubaan. Kini kawasan ini menjadi port santai MJJ di masa lapang sambil mencari ide untuk penulisannya.  Apabila malam pula, boleh menjadi ruangan kami bercengkerama dan mengimbau zaman bercinta. Fuh….sila jelous :P

 
3R (Reduce, Recycle, Reuse)
Berbalik kepada kisah tentang membersihkan sampah-sampah bagi menjadikan landscape untuk Smiley Garden teraphy dan selesa mata memandang, buat masa ini kami tidak lagi menggunakan khidmat weekend maid kerana ada Liyana. Hampir setengah hari kami membersihkan sampah-sampah kering, recycle untuk dibuang ke Recycle Center.

Di mana hendak membuang sampah
Satu persoalan yang timbul di mana hendak membuang sampah paling praktikal? Kawasan tempat tinggal kami, bukan di bawah Majlis Daerah Kuala Langat. Oleh itu tiada perkhidmatan pengangkutan sampah.  Ada tong pembuangan sampah 3R sepertimana kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Putrajaya. Sekarang kami hanya menyediakan satu tong sampah untuk bahan-bahan tersebut dan membuangkannya ke Pusat Pengumpulan 3R di Banting sebulan sekali atau mengikut keperluan.  

Sementara sampah-sampah domestic kami menggunakan kemudahan sebuah syarikat pengangkutan sampah hasil usaha Tuan Hj. Bihar bin Hj. Salleh, salah seorang penduduk di Indah Perdana.  Perkhidmatannya tiga kali seminggu dengan bayaran RM30 sebulan. Selain daripada itu terdapat beberapa lokasi pembuangan sampah hasil usaha Ketua Kampung dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat.  Kalau diperhatikan, perkhidmatan ini memang ada disediakan oleh kerajaan Negeri di Selangor.  Terima kasih. Walau bagaimanapun melalui pemerhatian ada kalanya terdapat di beberapa tempat sampah melimpah ruah dari tong yang disediakan sehingga mengundang pencemaran. Usaha tersebut memang baik, cuma penggunanya sahaja yang kurang peka. Wallahualam.

Integriti bermula dari diri
Ekoran daripada pemerhatian semasa lawatan ke beberapa tempat di luar negara, walau pun Negara tersebut bukanlah Negara Islam, tetapi integrity dan kebersihan menjadi pegangan utama bagi penduduknya. Itu yang menjadi salah satu factor tarikan pelancong dan menyumbang kepada kesihatan yang baik.

Kebersihan bermula dari dalaman yang mencerminkan peribadi anda.   Bermula dari diri, keluarga dan masyarakat.
Mengikut bidalan Melayu lama “Benih yang baik jika jatuh ke laut akan menjadi pulau”. Oleh itu benih yang tumbuh menjadi akar bakal menjadikan pokok dan buah. Dari Akar hingga buahnya dapat menghasilkan Benih Integriti.” Sebuah buku terbitan Institut Integriti Malaysia yang bagus untuk dibaca.
Satu peringatan untuk diri ini juga.
Bersama mantan boss saya semasa di UKAS Jabatan Perdana Menteri.
Sewaktu gambar ini  diambil (17.6.2012)  beliau ialah Ketua Pengarah UKAS. Kini Ketua Setia Usaha Negara.
Bersama meneruskan Momentum Transformasi: Kecemerlangan Perkhidmatan Awam berteraskan CTI-PCI
Tulisan saya diatas boleh saya kaitkan dengan tulisan MJJ dalam group Whatsapp Indah Perdana pada 2.1.2018  bertajuk Kutipan Sampah di Indah Perdana, seperti di bawah:

Kutipan Sampah di Indah Perdana

Tahniah dan jutaan terima kasih Tuan Hj Bihar Hj Salleh atas daya usaha dan  inisiatif meneruskan  pengurusan kutipan sampah di Indah Perdana pada tahun 2018 dengan bayaran RM30 sebulan.

T.kasih juga kpd penduduk Indah Perdana yg memberikan komitmen persetujuan ikut menyertainya. Ini adalah  petanda adanya  kerjasama antara kita untuk memastikan kebersihan Indah Perdana.
Justeru penyertaan lebih ramai penduduk Indah Perdana adalah amat dialu2kan.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kita semua mengharapkan urusan kutipan sampah  akan dapat dilaksanakan lebih lancar. Bagi mencapai matlamat tersebut, dicadangkan antaranya;
  1. pembayaran wajar dibuat kpd Tuan Hj Bihar selaku Bendahari/Pengurus lebih awal sebelum perkhidmatan diberikan. Jika ada pembayaran tertunggak hendaklah perlu segera diselesaikan dan segala urusan pembayaran ada resit penerimaan pembayaran .
  2.  Sampah domestik daripada dapur yg telah dimasukkan dalam tong sampah  dipungut oleh lori sampah tertutup mengikut jadual yg ditetapkan dalam tempoh 2/3 hari bagi mengelakkan ianya berulat dan lalat membiak yg mengakibatkan pelbagai pencemaran.

Semoga Indah Perdana  sebagai tempat tinggal yg bersih, selesa, selamat, maju, menarik dan menguntungkan menjadi kenyataan.

Segala usaha kita semua dipermudahkan dan beroleh keberkatan Allah SWT jua.Aamiin.

Selamat Tahun Baru 2018. Mjj 2/1/2018

Pengajaran:
·         Integity bermula dari diri sendiri. Lakukan sesuatu yang baik tanpa perlu menunggu pujian


MJJana 18.1.2018

Comments

  1. Tahniah!!!
    Seronok membaca blog MJJ...walaupun baharu menjadi jiran d Indah Perdana...MJJ telah menaikkan nama IP...Teruskn penulisan blog ini...
    Nak tahu crita lbih lnjut ttg mgapa x kusai bhsa jawa & lor kedol wetan...apa satu lagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan