09012018: Mengidam Naik Motor


09012018: Mengidam Naik Motor
#togethertilljannah

Motosikal idaman
Hasrat untuk membeli sebuah motorsikal memang telah lama disuarakan oleh MJJ kepada saya. Sebelum ini ada dua buah motosikal pernah dibeli. Sebuah ketika usia Syafiq 16 tahun untuk kegunaan pergi balik ke Sekolah Presint 8, Putrajaya. Sebuah lagi untuk Hafiz, untuk kegunaan beliau semasa menuntut di UM. Alhamdulillah kedua-duanya banyak berjasa dan hingga kini masih boleh digunakan. 

Justifikasi nak beli sebuah lagi ialah untuk ronda-ronda kampung, memantau kebun dan mudah untuk parking sekiranya kondangan dimajlis-majlis yang berkekatan dengan rumah. Katanya,... Alhamdulilah, bagus juga dapat berduaan selalu seperti ada sesetengah pasangan di kampung ini, nampak intim dan menambahkan romatika..gitu, tapi.... (doakan saya sentiasa kuat dan sihat untuk menemani MJJ membonceng motosikal itu).

Honda Pilihan keluarga
Mengambil kira pandangan anak-anak yang lain, akhirnya sebuah motosikal berjenama Honda telah dibeli.  Walaupun hitam pilihan Liyana, namun telah ditukar kepada warna merah agar nampak lebih ceria. Motorsikal dinamakan atas Liyana sebagai persediaan untuk kemudahan apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak.  Nampak gaya, mulai cuti ini Liyana pun mula mendaftar diri untuk mengambil lesen B2 dan D.


Fobia Tempat Tinggi
Sebenarnya, semenjak disahkan mempunyai simptom vertigo, saya sendiri fobia untuk memandu kereta. Tidak pernah terlintas di fikiran saya yang kini saya agak gementar untuk memegang stering, apa lagi untuk membonceng motor.  Sedangkan satu masa dahulu, mana ceruk jalan di Kuala Lumpur yang tidak dilalui kerana urusan tugas.  Malah seawal usia 12 tahun saya telah mula menaiki motorsikal.  Teringat semasa mengajar adik lelaki, Herman dan arwah Rashid, sehingga jatuh di parit kecil, dan kaki terluka terkena eksoz motor, takut nak bagitahu mak tapi akhirnya ke hospital juga.  Tapi apakan daya, Allah Maha Mengetahui segala rahsia.  Semoga satu hari saya akan pulih seperti sedia kala.



Pilot
Bila Liyana sudah punya lesen, senanglah nanti kami ke sana ke mari. Dah ada pilot tambahan selain dari Zamri, Kima, Syafiq, Hafiz dan Hazim. Semakin berusia ini, keselesaan kami semakin lebih kepada menjadi penumpang dan pembonceng kenderaan sahaja, bukan sebagai pemandu. 




MJJana 9.1.2018

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan