19012018: Jepun Menyerah, Komunis Bermaharajalela

19012018: Jepun Menyerah, Komunis Bermaharajalela

#togethertilljannah


Jepun menyerah, komunis membunuh kejam Pemimpin Kampung
Jepun  menjajah Tanah Melayu selepas menghalau keluar penjajah Inggeris pada 8/12/ 1941. Jepun terpaksa menyerah  kalah semasa Perang Dunia Ke 2 apabila Amerika Syarikat sekutu Britain menggugurkan bom atom di Bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.

Dalam tempoh pemerintahan Jepun selama 3 tahun 8 bulan, dari segi pentadbiran Jepun masih mengekalkan ataupun membuat perlantikan Ketua Kampung dan AJK dalam kalangan penduduk tempatan. Dengan kata lain ketua kampung dan AJKnya berkhidmat di bawah pentadbiran Penjajah Jepun.

Manakala Parti Komunis Malaya yg ditubuhkan pada Tahun1930 dan bercita2 menjadikan Tanah Melayu Repablik Komunis Malaya  telah membentuk Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) bagi menentang penjajahan Jepun. Dalam usaha menentang Jepun, komunis mendapat  bantuan senjata dan latihan ketenteraan daripada British. Apabila  Jepun terpaksa menyerah kalah British mengambil masa beberapa minggu untuk kembali ke Tanah Melayu.Tentera British dan  India yg berkhidmat dengan British mendarat di pantai Morib pada 9/9/1945.

Jesteru sepanjang tempoh beberapa minggu daripada Jepun menyerah kalah sehingga penjajah British kembali ke Tanah Melayu merupakan suatu tempoh Komunis bermaharajalela, seolah-olah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu.  

Ketua Kampung, AJK dan rakyat yg berkhidmat di bawah pentadbiran Jepun menjadi mangsa kekejaman komunis tanpa sebarang belas kasihan dan amat tidak berperikemanusiaan. Mereka dicolek, diseksa, dicampak dalam lubang, direjam, ditanam  sehingga mati, tidak diketahui kuburnya. Orang-orang kampung sentiasa amat  ketakutan dan saling berperasangka kerana ada dalam kalangan orang Melayu yang menjadi talibarut komunis, walaupun komunis mempunyai ideologi tidak percayakan agama oleh kerana masalah kemiskinan dan terpedaya.

Kampung Endah merupakan penempatan baru penduduk yg telah dipindahkan dari  tiga buah kampung terpencil bersebelahan hutan-kampung ladang Batu, Kampung Delek dan kampung Ladang Lor pada tahun 1952 bagi  mengatasi ancaman komunis selaras dengan rancangan Briggs.

Sebelum berpindah mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Pemimpin2 kampung turut menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka telah dicolek direjam dan ditanam hidup2 tanpa diketahui sehingga sekarang di mana kuburnya. Antaranya:
1)Tuan Hj Sirat bin Hj Mustafa, Ketua Kampung
2)  Ali bin Hj Idris Setiausaha
3) Mahfuz Bin Hj Mustafa, AJK
Kita wajar mengenang jasa kepimpinan kampung yg terdahulu dan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman jua. 
Saya  memperoleh cerita tentang kekejaman komunis daripada arwah ayah dan beberapa individu yang sekarang telah meninggal dunia ketika belajar di sekolah rendah dan daripada buku-buku sejarah.  

Kekejaman Komunis Di Tanah Melayu dan Pembukaan Kg Endah
Apabila British menduduki semula Tanah Melayu 1945 British terus menghadapi ancaman komunis. Komunis bertindak kejam dan berhasrat menubuhkan kerajaan Republik Komunis.
Untuk mengatasi komunis penjajah Inggeris mengistiharkan undang2 darurat 1948, boleh menahan dan menggelidah orang yg disyaki komunis.

Ketika itu terdapat pemimpin2 Melayu berfaham kiri yang juga berjuang menentang  penjajah Inggeris termasuk Mat Indra. Peristiwa Bukit Kepong 23/12/50 adalah cubaan Mat Indra  dengan meminta bantuan komunis untuk menentang penjajah Inggeris. Amat malang dan sedih dalam peristiwa tersebut yg terkorban dan menjadi mangsa pembunuhan kejam  bukanlah penjajah tetapi  anggota-anggota Polis Melayu  beragama Islam yg berkhidmat dengan kerajaan British dan keluarganya. Mat Indra yg berpendidikan agama menafikan beliau anggota komunis  telah  dihukum gantung oleh penjajah Inggeris.  

Pada Disember 1955 Tengku Abdul Rahman mewakili penjajah Inggeris telah mengadakan rundingan dengan Ching Peng pemimpin Parti  komunis Malaya di Baling Kedah, meminta Komunis meletakkan senjata. Perundingan di Baling gagal, dan komunis  meneruskan peperangan mengsabotaj kegiatan ekonomi dan bertindak zalim  terhadap orang awam. Ramai yg diseksa dan terkorban adalah  orang awam, penduduk kampung dan askar Melayu yang taat setia berkhidmat dengan penjajah Inggeris.

Dalam tempoh Darurat 1948-1960 Hanry Gurney telah  memperkenalkan rancangan Briggs dengan memindahkan penduduk yg tinggal  dipinggir hutan dan berselerak ke kawasan penempatan baru yang tersusun dan dikawal. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka selamat drp ancaman komunis,  tidak bersubahat dan memberikan kerjasama kepada komunis. Banyak perkampungan baru telah diwujudkan khusus dalam kalangan Imigran China spt yg terdapat di Tanjung Sepat dan Jenjarum.



Kampung Endah dan penghijrahan keluarga MJJ
Kampung Endah juga  merupakan perkampungan yang wujud hasil rancangan Briggs dengan pemindahan penduduk dari Kg Ladang Batu, Ladang Lor,Kg Delek yg terletak di pinggir hutan yg sentiasa dlm kebimbangan  ancaman komunis.  Kampung Endah, sebuah perkampungan tersusun dengan keluasan tanah  setiap 1 lot seluas setengah ekar satu keluarga berjumlah 100 keluarga sebagai penempatan baru telah dibuka pada tahun 1952.  Arwah Datuk Sono menjadi Ketua Kampung Endah yg pertama.
MJJ (duduk) ketika berusia 4 tahun

Selaras dengan Rancangan Briggs, ayah dan ibu saya, Hj. Jurami bin Abu Omar dan Hjh. Rukijah bt. Bahrun turut berpindah dari Ladang Batu ke Jalan Pinang, Kg. Endah yang sekarang ini menjadi rumah pusaka JuramiRukijah.  Sewaktu itu baru mempunyai seorang anak, Tuan Hj. Jasimin bin Jurami ketika masih bayi.  Ayah saya berhijrah daripada Kebumen Jawa Tengah sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu. Berkahwin dengan gadis pilihannya berasal dari Bukit Kapar Kelang. Semasa Darurat allahyarham berkhidmat sebagai 'Home Guard' di bawah pentadbiran British. Sebelum meninggal dunia ayah sering bercerita kisah kesengsaraan semasa pentadbiran Jepun dan kekejaman Komunis.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan