17012018: Jasman & Jasmin, Rohana & Mahani serta Penghantaran Surat ke Kg.Endah

17012018: Jasman & Jasmin, Rohana & Mahani serta Penghantaran Surat ke Kg.Endah

#togethertilljannah


Tetamu Istimewa 
Hari ini kami dikunjungi tetamu yang begitu istimewa dalam hidup ini. Terima kasih atas kunjungannya yang telah tertangguh beberapa kali atas beberapa kekangan. Walau pun sebelum ini telah beberapa kali mereka datang, tapi kali ini kami dapat meluangkan banyak masa bersembang dan sempat juga mereka menginap di sini.
Istimewa kerana tetamu itu merupakan orang yang paling rapat dalam hidup kami.
Jasmin dan Mahani nama diberi.
Jasmin adalah abang sulung kepada MJJ dan Mahani merupakan satu-satunya biras perempuan yang saya daripada waris keluarga JuramiRukijah.


Daripada cerita MJJ dan orang kampung, Jasman dan Jasmin punya wajah yang hampir serupa.  Maklumlah anak sulung dan anak kedua hasil perkahwinan Hj. Jurami bin Abu Omar dan Hjh. Rukijah bt. Bahrun.

Walaupun dalam keluarga JuramiRukijah terdapat tiga orang anak lelaki daripada 12 orang adik beradik, namun kini hanya tinggal dua orang kerana adik bongsu Hj. Mustapha Kamal bin Hj. Jurami telah meninggal dunia pada 13.10.2015 lalu diusia 37 tahun (saya akan cerita kisah pemergian Allahyarham di slot yang lain). 
Alfatehah.

Pencarian Calon Isteri

Berbalik kisah Jasman dan Jasmin, mereka berdua dikatakan kerap menaiki vespa sekitar kampong untuk mencari calon isteri dalam tahun 80an. Sebuah vespa yang dibeli oleh Jasmin yang telah bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor sewaktu itu. Pada masa itu Jasman berusia awal 20an.  Pernah satu malam di bulan Syawal pulangnya mereka dari beraya Banting, dalam hujan renyai, mereka sempat singgah di rumah saya atas pelawaan arwah ayah saya, Hj. Shafie bin Hj. Kusnan.  Jatuh cinta pandang pertama, kata MJJ (saya akan cerita di slot lain)

Basikal dan Balai Polis Telok Datok

Saya juga pernah mendengar cerita semasa di alam persekolahan mereka kerap berbasikal berdua berulangalik dari Kg.Endah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.  Jarak sehala lebih kurang 25km namun keadaan ekonomi dan kurang pengangkutan awam pada masa itu menyebabkan mereka menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama ke sekolah.  Satu hari nanti MJJ akan menuliskan kisah berbasikal itu sehingga menyebabkan mereka ditahan polis.  

Pertama Kali ke rumah pusaka JuramiRukijah

Hajah Mahani bt. Hj Wahmin, satu nama yang tidak asing lagi di Kampung Jenjarom. Ayahnya memang terkenal dalam kalangan pekerja-pekerja kilang di Telok Panglima Garang kerana beliau memiliki bas-bas yang menjadi pengangkutan utama pekerja-pekerja kilang pada tahun 80an. Mahani, biras saya pula mula dikenali semasa Majlis Perkahwinan beliau di Kg. Endah pada 8.7.1983. Pada masa itu saya menemani Allahyarhamah Hjh.Esah bt. Hj. Salleh dan Rosna Painudy dan itulah buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke rumah keluarga MJJ yang punya 12 orang adik beradik yang masih kecil sewaktu itu.  (akan disambung di slot akan datang kisah seterusnya percintaan kami sehingga membawa ke gerbang perkahwinan.)

Coretan ini dihentikan seketika kerana saya baru menerima satu kiriman barang melalui Pos Laju. Kebetulan pula hari ini juga isu yang diperkatakan dalam WA Group Kampung ialah tentang isu Penghantaran surat-surat termasuk surat-surat kami.

Nukilan MJJ tentang Surat yang dihantar ke Kedai Kg. Endah


Untuk itu dibawah inilah ulasan MJJ:

Surat hendaklah dihantar mengikut alamat:
Kampung Endah Banting dengan lebih 400 buah rumah merupakan sebuah perkampungan tersusun yg mempunyai peti Surat berkelompok. Bagaimanapun Peti Surat berkelompok ini yg telah dibina lebih 20 tahun dahulu tidak berfungsi sewajarnya. Posmen banyak melonggokkan surat di kedai yg terletak berhampiran menimbulkan rungutan  pemilik Kedai kerana  banyak surat-surat tidak diambil oleh penerimanya dan  ada yang telah dibuka sebelum diterima oleh penama sebenar.

Sehubungan ini MJJ dicadangkan;

1.       semua pemilik rumah menyediakan peti surat yg diletakkan di hadapan rumah  bersama  alamat masing2. Peti surat berkelompok yang sedia ada tidak sesuai .
2)       Posmen dikehendaki menghantar surat mengikut alamat yg tertera, tidak  mengambil jalan mudah dengan melonggokkan di kedai.
3.       JKKK dan JKKKP bekerjasama memastikan nama-nama Jalan , Lorong dapat dilihat dengan jelas dan Pemilik rumah menyediakan peti surat.
4)       Surat yg boleh diletakkan dikedai hanya surat2 yg tidak mempunyai alamat jelas atau tidak dapat dikesan.
5)       Ketua Kampung menulis surat bertemu dan berbincang dengan Pegawai Pos Malaysia Banting untuk memastikan Posmen yg bertugas menghantar surat mengikut alamat yg tertera.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan