Posts

Showing posts from January, 2019

31012019 : familytime - will update

Image
31012019 : Aktiviti bebas dan umrah wada.

30012019 : Ziarah luar: Thaif

Image
30012019 : Thaif – 2 jam Kami dibawa  melawt ke kilang ros, di Masjid Abdullah Ibn. Abbas, Pasar Buah dan makan tengahari di rumah carpet.

29012019 : 2nd umrah - ziarah luar: Hudaibiyah

Image
29012019 : Ziarah luar: Hidaibiyah Seperti biasa selang sehari, kami dibawa ziarah keluar sekali gus untuk niat umrah (miqat).  Kali ini kami dibawa ke Hudaibiyah dan Muzium haramain.  Saya tidak mengikuti rombongan ke muzium hanya menunggu di bas. Dan di Hudaibiyah kami bermiqat.

28012019 : Masjidil haram santapan rohani

Image
28012019 : Aktiviti Bebas, kurang sehat, sakit tekak.  Sepanjang hari ini saya banyak spend masa di bilik kerana diserang demam, batuk dan sakit tekak. Harap esok lusa boleh sembuh untuk menyambung bacaan AlQuran di Masjidil Haram.

27012019 : j Thur J Rahmah - will update writing later

Image
27012019 : Mekah: Ziarah luar – Jabal Rahmah Seawal jam 7.00 pagi semua Jemaah telah berkumpul untuk ziarah luar iaitu Jabal Thur, Padang Arahah, Mina, Muzdalifah, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan Ja’ranah. Kami bermiqat di jaranah. Alangkah baguskan sepanjang lawatan dikibarkan bendera KOSAS untuk pengenalan ketua dan berkumpul untuk sebarang aktiviti berkumpulan. Walau bagaimanapun kami banyak berkumpul secara keluarga kerana kami mereupakan kumpulan keluarga yang besar.

26012019 : masjidil haram, 1st umrah

Image
26012019 :  Safwah, Bin Dawood dan Millinium Tower Memandangkan hari ini aktiviti bebas, kami sekeluarga melihat beberapa kawasan berdekatan dengan hotel. Bin Dawood, Safwah, Jam besar dan toilet 4 dan pintu utama nombor 19 yang paling utama. Kami dibahagikan kepada dua bilik iaitu di tingkat 9 dan tinggat 13.  Walau bagaimanapun kami bersetuju untuk berkumpul sekeluarga di aras 9 bilik lelaki. Alhamdulillah hotel kami memang cukup dekat dan syukur Ya Allah, atas nikmatMu ini. Bolehlah kami pergi bila-bila masa walaupun tidak bersama kerana tumpuan untuk ibadah. Malah selepas azan pun masih boleh bergerak. Terima kasih kepada Kosas Travel dan Tours Sdn.Bhd. Walau bagaiamanapun menu makanan agak kurang dengan tekak saya dan kami lebih gemar merasai pelbagai menu di luar. Nasi arab, icecream yang enak.

25012019 : madina ke mekah

Image
25012019 : Madinah ke Mekah Perjalanan selama  beberapa jam melihat stesyen RnR masih lebih kurang seperti dahulu. Tidak banyak perkembangan yang mana sepatutnya sebagai tempat persinggahan ramai Jemaah dari pelusuk dunia, kerajaan Arab Saudi perlu membangunkan sebagai suatu ibadah ataupun perniagaan. Walau bagaimanapun kami dijamu nasi arab di salah sebuah kedai di RnR tersebut. Enak sekali. Terima kasih penganjur dan Puan Yusnelly yang menguruskan.